Rumah Anak yatim darul Izzah

The total current monthly expenses amounts to RM10, 000.00.

Rumah Anak Yatim Darul 'Izzah urgently needs financial support to fund the purchase of a 44-seater bus to transport the orphans to their schools and weekend outings.

Home Top Ad

Darul `Izzah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Idris Omar pada pertengahan 1996 di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor....

Pertubuhan Anak Yatim Darul `Izzah

Darul `Izzah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Idris Omar pada pertengahan 1996 di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada tahun 2002, pembinaan Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh telah dimulakan dan siap pada penghujung tahun 2004. Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh adalah komponen Kompleks Darul ‘Izzah yang akan terdiri daripada rumah anak yatim, rumah orang tua dan juga pusat pengajian agama.

Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh menempatkan pelajar-pelajar perempuan dan pengambilan generasi pertama bermula pada tahun 2005.

Rumah Anak Yatim Darul `Izzah ditadbir oleh satu badan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Anak Yatim Darul `Izzah. Bermula pada 2005, pindaan kepada nama dan undang-undang tubuh Pertubuhan telah ditukar kepada Pertubuhan Anak Yatim Dan Kebajikan Darul ‘Izzah.

Ini adalah untuk membolehkan pertubuhan memperluaskan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya pembinaan rumah orang-orang tua di Kompleks Darul ‘Izzah, Temerloh, Pahang. Pertubuhan ini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan pentadbiran, kewangan, pendidikan dan kebajikan penghuni Darul ‘Izzah.

Pengambilan generasi pertama bermula dengan pelajar lelaki pada 1 Januari 1997 dengan 9 orang pelajar. Pada tahun kedua Darul ‘Izzah mempunyai 14 orang pelajar dan diikuti dengan 28 pelajar pada tahun 1999.

Sehingga Oktober 2006, Darul ‘Izzah mempunyai 28 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan. Pengambilan generasi pertama pelajar perempuan dilakukan pada 19 Disember 2004.

Di samping pembelajaran di sekolah, Darul ‘Izzah juga memberikan didikan dan asuhan yang merangkumi semua aspek kepada anak-anak Darul ‘Izzah. Kemudahan asrama yang ada sekarang membolehkan ianya menampung keperluan seramai 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan.

2 comentários:

darul 'Izzah said...

Assalamualaikum,

Tuan, diharap dapat link blog ini ke website rasmi Darul 'Izzah iaitu
http://www.darulizzah.org

dan harap dapat tukarkan email Darul 'izzah kepada

darul_izzah@hotmail.com

Assalamualaikum,



kalo nak cari bilik bilik sewa , cari bilik